Tuesday, February 25, 2014

Teknik Ramuan Mandian Buih Madu - Telur Putih



"Relax More, Stress Less"

Membuat Mandian Buih Madu - Telur Putih

Campurkan ½ cawan cecair sabun mandian, 1 sudu besar madu 1 biji putih telur ke dalam tab mandian. 

Madu - melembapkan kulit
Putih telur - untuk buih tahan lebih lama dan lebih halus

Untuk kulit kering - masukkan 1 sudu besar light oil seperti minyak badam atau bijan

Garam Aura

Tuesday, February 11, 2014

Akhlak in Islam

Modul kedua dalam Training of Trainer for New Muslim malam tadi adalah Akhlak in Islam.
Lihat keindahan Islam berdasarkan sumber Islam,  bukan dengan melihat perangai orang Islam.

Aku teringat tentang Wilson yang baik hati dan peramah serta pandai layan pelanggan-pelanggannya bila Bro Lim Jooin Soon menceritakan tentang kisahnya membeli beras dan beli barang di Chow Kit. Bila beli buah , sayur atau barang ke Chow Kit, beliau dilayan macam raja. Barang-barang akan dihantar terus ke keretanya. Tentang kisah beli beras, Bro Lim memberitahu  8 kampit beras tidak dikira dalam bil. Tauke kedai kata tak pernah pelanggan mereka yang lain beli barang memberitahu mereka kalau tersilap kira. Lepas itu, bila Bro Lim beli barang di kedai itu, mereka tak kisah bila Bro Lim akan bayar dan tak kisah apa nak ambil.

Apabila seseorang sudah percaya pada kita, orang lain akan ambil tidak kisah. Aku masih ada hutang baiki motorsikal dengan Wilson tahun 2013. Wilson hingga kini masih tak kisah. Bila aku tanya berapa jumlah, dia kata masih tak kira lagi. Pelik dan  kelakar pun ada.

Sebelum Chinese New Year 2014, aku berkunjung ke kedainya lagi. Masih tak nak aku bayar. Sangkakan sebelum Chinese New Year tentulah Wilson akan terima bayaran baiki motosikal. Sebaliknya, perkara biasa aku dengan Wilson adalah berchit-chat, gelak ketawa dengan keletahnya yang suka mengusik dan kongsi macam-macam cerita. Lepas itu, dia suruh aku balik. Dia kata dia masih sibuk nak kira bayaran baiki motorsikal aku.

Syukur, bertemu rakan macam Wilson yang baik hati ini. May God bless him!

Monday, February 10, 2014

Kenali Budaya Syiah

Sepanjang berkenalan dengan seorang rakan yang berfahaman Syiah,
ada beberapa perkara yang berbeza dengan amalan golongan Sunni. Antaranya;

1- Syiah: Berpuasa penuh selama 3 bulan bermulanya dari bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan
    Sunni: Rejab dan Syaaban hanyalah sunat. Tidak perlu berpuasa secara penuh.

2- Syiah: Orang bukan Islam tidak akan dihidangkan daging yang telah diselawat ketika penyembelihan
    Sunni: Untuk agihan daging korban, hanya diutamakan kepada orang Islam. Namun, bukan Islam        boleh makan hidangan  daging korban tersebut.

3- Syiah: Sebelum /selepas makan akan mencubit garam
    Sunni: Amalan ini adalah sunnah Rasulullah. Namun, kebanyakan Muslim tidak mengamalkannya.   Kenapa ye??

4- Syiah: Amat memuliakan tetamu. Tetamu akan dihidang makanan dan tetamu perlu memakan (sebaik-baiknya habiskan) sebelum pulang.
     Sunni: muliakan tetamu juga. Kalau ada yang tak muliakan tetamu tu maknanya tuan rumah tu sombong la ataupun malas...Ye ke?

5. Syiah: Solatnya jamak.
   Sunni: Jamak ketika musafir sahaja

Teh Herba Dinikmati di Rumah Arva


Semalam kebetulan atau mungkin telah dijodohkan untuk bertemu dengan Arva yang sekian lama tidak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan urusan. Janji dengan Dr Abu Hashim untuk berjumpa di Dewan Gemilang, sebelah Giant Kelana Jaya nak berikan dia 15 set cadar 3D untuk dia bawa pulang ke Kedah untuk diserahkan pada isterinya, Jumatun. Sementara menunggu Dr Abu selesai hadiri majlis kenduri, aku fikir lebih baik aku ziarah Arva yang mana rumahnya berdekatan dengan Giant tersebut. Alhamdulillah, Arva ada di rumah. Bolehlah aku tumpang solat juga di rumahnya.

Berkunjung di rumahnya,  Arva  akan sediakan nasi atau apa-apa jenis menu. Kali ni hidangan yang istimewa adalah nasi brasmati yang dimasak dengan jintan putih serta sedikit minyak sapi. Menu lain adalah kari kambing.

Selain itu, antara minuman yang paling aku suka bila berkunjung ke rumahnya adalah tehnya. Kali ini aku dapat belajar cara nak hidangkan teh herba kesukaan aku ini. Masak teh dengan beberapa liter air hingga kembang dan mendidih. Masukkan gula, beberapa biji pelaga yang dikopek-kopek. Akhirnya sekali masukkan susu segar. Masak hingga didih.

Arva turut berkongsi tentang kelebihan kenapa masyarakat India amat mementingkan rempah ratus dalam masakan. Rempah ratus berfungsi untuk menguatkan gigi.

Petua lain yang dikongsikan Arva adalah tentang buah keras. Buah keras dimasukkan ke dalam sup. Aku guna buah keras bila buat kuah mee kari nyonya sahaja.

Sebenarnya, aku kurang suka masakan India tetapi bila Arva masak, aku suka pula. Rupa-rupanya kenapa masakan India di kedai-kedai mamak tak memnuhi citarasa aku sebagaimana Arva masak sebab keaslian rempah yang digunakan. Rempah di kategorikan barang yang mahal. Makanan India yang sedap adalah mahal juga bergantung jenis rempah yang dimasukkan.

Terdapat balang yang mengandungi walnut, kismis dan almond di ruang tamu. Pengambilan makanan ini turut menjadi kemestian setiap hari. Ini untuk menguatkan otak untuk memudahkan hafal Quran. Setiap hari, anak-anaknya akan menghafal alQuran sekurang-kurangnya sejam sehari dari pukul 4pm hingga 5pm.



Thursday, May 30, 2013

Crunchy Chocolate tempahan Majlis Perkahwinan

Crunchy Chocolate yang aku hasilkan dari Beryl's yang memang sedap dan bermutu. 
Rasailah rasa crunchy coklat  dari wafer dan badam cincang. 

 Rakan-rakan ofis aku turut dapat Crunchy Chocolate juga. Mereka turut tak dilupakan


 Crunchy Chocolate dihiaskan dengan quilling hijau. 
Cantik pula quilling LOVE warna hijau ini. 
Biasanya LOVE warna merah. hehehehe
Nak ikut tema, hijau pun hijau la....
yang penting customer happy dan suka!!!

Crunchy Chocolate stick ini sebenarnya untuk program anak Rohingya di Selayang.
Terlupa pula nak bawa coklat ini semasa program Yayasan Salam.
Oleh itu, coklat ini aku hadiahkan pada customer untuk majlis perkahwinan. 
Kiranya, Coklat ini dapat diberikan pada kanak-kanak juga. 

Untuk tempahan, hubungi saya 0136785084

Hot Dal Crunchy



Hot Dal ini sekali makan nak lagi.... Nyummmm....


 

Sherly tengah kusyuk makan Hot Dal



Sukanya Sherly dapat Hot Dal yang dihias dengan reben. 
Hot Dal ini sebenarnya adik aku, Jumatun yang kasi pada aku untuk dibawa pulang. 
Jumatun buatkan untuk tempahan majlis perkahwinan anak saudara suaminya.

Ada sesiapa ingin dapatkan Hot Dal ini, untuk majlis perkahwinan, 
Hari raya yang dah tak lama lagi  serta 
kudap-kudapan

sila SMS 012-5013245

Monday, January 14, 2013

Kelas Mini Pack Cake dan Marble Cake 20 Januari 2013 di Yummies Bangi

Kelas Mini Pack Cake dan Marble Cake ini di adakan pada 20 Januari 2013 di Yummies Bangi. Boleh register di Yummies. Kelas bermula pada 2pm hingga 5.30pm. Yuran sebanyak RM120 dikenakan